Pages

Monday 16 May 2016

Perarakan Karnival Gawai Bahagian Betong 2016 (13-15.05.2016)

Jika di Sri Aman terkenal dengan Perarakan Chap Goh Mei, di Bahagian Betong pula sinonim dengan perarakan Gawai Peringkat Bahagian Betong. Perarakan tersebut di adakan saban tahun dan menjadi Acara utama untuk Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong.

Saban tahun, Karnival Gawai diadakan di Bahagian Betong. Karnival tersebut lazimnya diadakan pada bulan Mei sebelum Perayaan Gawai Dayak 01 Jun diadakan.

Untuk tahun 2016, pelbagai aktiviti telah dirangka. Antaranya adalah:
Perarakan Gawai 
Pertandingan Karaoke
Pertandingan Tarik Tali
Pertandingan Nyumpit
Big Bikers Gathering
Kumang Gawai
Pemeriksaan Kesihatan
Pertandingan Begiga Entelah
Pameran Pencegahan Jenayah

Disamping itu, diadakan juga Gerai Jualan untuk menjual barangan produk pelancongan dan Gerai Jualan Makanan. Gerai Jualan tersebut dibuka dari 13.05 - 22.05.2016.

Acara Perasmian Karnival disempurnakan oleh ADUN N36 Layar YB Gerald Rentap Jabu pada malam 13.05.2016. Acara perarakan juga dirasmikan oleh YB Gerald Rentap Jabu pada 14.05.2016 dan YB Gerald juga bersama sama dengan tetamu kehormat yang lain berjalan berarak mengelilingi Bandar Betong sejauh 1.8KM. Perarakan bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Betong.
 
Kemuncak acara adalah Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong yang akan diadakan di Dewan Sukan Stephen Kalong Ningkan pada 20.05.2016. Malam itu juga akan diadakan Peringkat Akhir Kumang Gawai Betong 2016.

Selamat Hari Gawai Dayak 2016! 

SEKITAR PERARAKAN GAWAI PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2016.








 

No comments:

Post a Comment