Rural Transformation Programme (RTP)
Program Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Programme (RTP) antara inisatif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Penyediaan kemudahan infrastruktur luar bandar sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam merapatkan jurang perbezaan pembangunan antara bandar dan luar bandar.
JKR Sarawak melalui JKR Bahagian di seluruh negeri adalah antara agensi pelaksana yang dipertanggungjawabkan memantau dan memastikan projek-projek disiapkan mengikut jadual.
Antara komponen projek RTP merangkumi pembinaan dan naiktaraf jalan, dewan serbaguna, jambatan, jeti, titian jalan, tebingan sungai, wharf serta pontoon.
RTP adalah bukti keperihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan masyarakat luar bandar dilengkapi kemudahan asas yang selesa. Ia juga dilihat sebagai satu langkah yang akan menjadikan kawasan luar bandar sebagai kawasan yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.
No comments:
Post a Comment