Pages

Sunday 19 October 2014

Hebahan Media Pertanding FUTSAL MAKSAK Bahagian Kuching 2014

    Selepas sidang media Pertandingan Futsal MAKSAK Bahagian Kuching 2014 bersama AJK Pengelola di Pejabat Riseden Bahagian Kuching.


Penyerahan bola futsal dari Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi MAKSAK Bahagian Kuching kepada Jurutera Bahagian JKR Bahagian Kuching sebagai simbolik terhadap penganjuran dan pengelolaan FUTSAL MAKSAK BAHAGIAN KUCHING 2014 kepada Kelab SOKANJAYA Bahagian Kuching.

Pasukan FUTSAL MAKSAK Bahagian Kuching.

Friday 17 October 2014

FUTSAL MAKSAK PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING



    Pada 14th Jun 2014, Kelab SOKANJAYA Bahagian Kuching telah menganjurkan Pertandingan Futsal MAKSAK 2014 peringkat Bahagian Kuching.

    SOKANJAYA telah dilantik selaku ketua Biro Sukan MAKSAK telah diberi tanggungjawab untuk menyelars dan mengadakan pertandingan Futsal Maksak Peringkat Bahagian Kuching. Pertandingan tersebut bertujuan untuk memilih pasukan futsal lelaki dan wanita bagi mewakili MAKSAK Bahagian Kuching ke Pertandingan Futsal MAKSAK Antara Bahagian yang diadakan di Limbang pada bulan Ogos 2014.

    Pertandingan tersebut telah disertai oleh 12 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita yang terdiri daripada agensi kerajaan yang bernaung di bawah MAKSAK Bahagian Kuching. Pertandingan telah berlangsung di Coneli Futsal Stadium, 7th Mile, Jalan Matang-Batu Kawa Kuching. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah JKR Sarawak, Tn Haji Ir Zuraimi Bin Hj Sabki. Penutupan dan Penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh Pemangku Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi MAKSAK Bahagian Kuching Tuan Zamahari Bin Hj Saidi. 

    Untuk kategori lelaki, Pasukan dipecahkan kepada 4 kumpulan dan dijalankan secara liga. 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke peringkat Suku Akhir. Untuk kategori wanita pula, pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan dijalankan secara liga. 2 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.

Keputusan Futsal MAKSAK Peringkat Bahagian Kuching adalah seperti berikut.

Lelaki:
 JUARA:              Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
NAIB JUARA:     Padi Beras Nasional Berhad(BERNAS)

Wanita:
JUARA:               Polis Diraja Malaysia B
NAIB JUARA:     Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

 Pasukan yang bertanding yang telah dipecahkan kepada kumpulan masing masing melaui undian.

 Pasukan Terlibat

 Pengarah JKR Sarawak bersama Jurutera Bahagian serta AJK Sokanjaya


 Ucapan Perasmian Pengarah JKR Sarawak


 Cenderamata kepda Pengararah dari Jurutera Bahagian


 Sepak Mula

Pasukan JKR Bahagian Kuching.

Thursday 16 October 2014

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2014 JKR Bahagian Kuching

Majlis anjuran bersama Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching dan Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kerja Raya Sarawak (PKIJ) (Cawangan Kuching). Turut bersama menjayakan program tersebut adalah Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak dan Cawangan Pengurusan Fleet JKR Sarawak.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 26 Ogos 2014 bertempat di Perkarangan Blok J Pejabat JKR Bahagian Kuching. Perasmian dilakukan oleh Timbalan Pengarah En Danien Ranggu mewakili Pengarah JKR Sarawak.

Namun Pengarah JKR Sarawak, Ir Haji Zuraimi Sabki juga hadir pada majlis tersebut walaupun agak lewat kerana menghadiri mesyuarat penting untuk bersama sama warga JKR Bahagian Kuching meraikan Majlis Ramah Tamah tersebut.

Terima kasih kepada Pengarah JKR Sarawak Tuan Haji Ir Zuraimi bin Haji Sabki dan Timbalan Pengarah Danien Ranggu serta semua pegawai kanan JKR Sarawak yang hadir.

Tahniah juga kepada semua AJK Yang menjayakan program tersebut terutama sekali Tuan Jurutera Bahagian Ir Awg Fadillah Bin Awg Redzuan atas sokongan padu kepada SOKANJAYA dan PKIJ JKR Bahagian Kuching.














Wednesday 15 October 2014

Kempen Derma Darah

    Pada 27.05.2014, Kelab SOKANJAYA Bahagian Kuching telah mengadakan kempen derma darah bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Bahagian Kuching.

    Kempen tersebut anjuran bersama Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching, JKR Bahagian Kuching dan Pejabat Wilayah Selatan, JKR Sarawak.

    Perasmian telah dilakukan bersama Jurutera Bahagian JKR Bahagian Kuching dan Pengurus Pejabat Wilayah Selatan, JKR Sarawak.



 

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SOKANJAYA Bahagian Kuching

Pada 24th Januari 2014, Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bertrmpst di Bilik Mesyuarat JKR Bahagian Kuching.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Jurutera Bahagian JKR Bahagian Kuching selaku Penasihat Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa Mesyuarat Agung tersebut adalah,
  • Pembentangan Laporan Setiausaha sesi 2012/2013 oleh Saudara Angki Ujok
  • Pembentangan Laporan Bendahari sesi 2012/2013 oleh Saudara Jamaluddin Hj Amit
  • Penyampaian Hadiah Galakan insentif kepada anak kakitangan JKR Bahagian Kuching yang cemerlang di Peperiksaan Awam (UPSR, PMR dan SPM)
  • Penyampaian sijil kepada kakitangan yang akan bersara.
  • Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cermelang 2013 
     
     
     Jurutera Bahagian Selaku Penasihat bersama 
    Pengerusi Saudara Ismail Bujang dan Setiausaha Saudara Angki Ujok

      Barisan Kepimpinan SOKANJAYA sesi 2012/2014

     Ahli Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching

      Ahli Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching

      Ahli Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching

    Ucapan Perasmian oleh Jurutera Bahagian JKR Bahagian Kuching 
    selaku penasihat SOKANJAYA Bahagian Kuching.
    Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Bahagian Kuching 2013 
    bersama Jurutera Bahagian dan Ketua Seksyen JKR Bahagian Kuching.