Pages

Friday 17 October 2014

FUTSAL MAKSAK PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING



    Pada 14th Jun 2014, Kelab SOKANJAYA Bahagian Kuching telah menganjurkan Pertandingan Futsal MAKSAK 2014 peringkat Bahagian Kuching.

    SOKANJAYA telah dilantik selaku ketua Biro Sukan MAKSAK telah diberi tanggungjawab untuk menyelars dan mengadakan pertandingan Futsal Maksak Peringkat Bahagian Kuching. Pertandingan tersebut bertujuan untuk memilih pasukan futsal lelaki dan wanita bagi mewakili MAKSAK Bahagian Kuching ke Pertandingan Futsal MAKSAK Antara Bahagian yang diadakan di Limbang pada bulan Ogos 2014.

    Pertandingan tersebut telah disertai oleh 12 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita yang terdiri daripada agensi kerajaan yang bernaung di bawah MAKSAK Bahagian Kuching. Pertandingan telah berlangsung di Coneli Futsal Stadium, 7th Mile, Jalan Matang-Batu Kawa Kuching. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah JKR Sarawak, Tn Haji Ir Zuraimi Bin Hj Sabki. Penutupan dan Penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh Pemangku Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi MAKSAK Bahagian Kuching Tuan Zamahari Bin Hj Saidi. 

    Untuk kategori lelaki, Pasukan dipecahkan kepada 4 kumpulan dan dijalankan secara liga. 2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke peringkat Suku Akhir. Untuk kategori wanita pula, pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan dijalankan secara liga. 2 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.

Keputusan Futsal MAKSAK Peringkat Bahagian Kuching adalah seperti berikut.

Lelaki:
 JUARA:              Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
NAIB JUARA:     Padi Beras Nasional Berhad(BERNAS)

Wanita:
JUARA:               Polis Diraja Malaysia B
NAIB JUARA:     Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

 Pasukan yang bertanding yang telah dipecahkan kepada kumpulan masing masing melaui undian.

 Pasukan Terlibat

 Pengarah JKR Sarawak bersama Jurutera Bahagian serta AJK Sokanjaya


 Ucapan Perasmian Pengarah JKR Sarawak


 Cenderamata kepda Pengararah dari Jurutera Bahagian


 Sepak Mula

Pasukan JKR Bahagian Kuching.

No comments:

Post a Comment