Pages

Thursday 16 October 2014

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2014 JKR Bahagian Kuching

Majlis anjuran bersama Kelab Sokanjaya Bahagian Kuching dan Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kerja Raya Sarawak (PKIJ) (Cawangan Kuching). Turut bersama menjayakan program tersebut adalah Pejabat Wilayah Selatan JKR Sarawak dan Cawangan Pengurusan Fleet JKR Sarawak.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 26 Ogos 2014 bertempat di Perkarangan Blok J Pejabat JKR Bahagian Kuching. Perasmian dilakukan oleh Timbalan Pengarah En Danien Ranggu mewakili Pengarah JKR Sarawak.

Namun Pengarah JKR Sarawak, Ir Haji Zuraimi Sabki juga hadir pada majlis tersebut walaupun agak lewat kerana menghadiri mesyuarat penting untuk bersama sama warga JKR Bahagian Kuching meraikan Majlis Ramah Tamah tersebut.

Terima kasih kepada Pengarah JKR Sarawak Tuan Haji Ir Zuraimi bin Haji Sabki dan Timbalan Pengarah Danien Ranggu serta semua pegawai kanan JKR Sarawak yang hadir.

Tahniah juga kepada semua AJK Yang menjayakan program tersebut terutama sekali Tuan Jurutera Bahagian Ir Awg Fadillah Bin Awg Redzuan atas sokongan padu kepada SOKANJAYA dan PKIJ JKR Bahagian Kuching.














No comments:

Post a Comment